Apa Khabar Malaysia

Apa Khabar Malaysia
GenreBual bicara pagi
Pencipta
  • Datuk Carl
  • Hary Harith
  • Zikirullah.Z
Dibangunkan oleh
Bernama TV
Pengacara
  • Arief Muhammad
  • Chad Le
  • Hana Nazir
  • Izu Yusof
  • Natasha Aimee
  • Herleena Pahlavy
  • Nurul Hidayah Umol
  • Pasha Rahim
  • Zahan Rashid
Penggubah lagu tema
  • Brainstewz
  • Hary Harith
Lagu temaApa Khabar Malaysia
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
LokasiWisma BERNAMA
Pemasangan kamera
Produksi kamera berbilang
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Bernama TV
Penyiaran
Saluran asalBernama TV
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal4 Julai 2022 – kini

Apa Khabar Malaysia (AKM) merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi yang disiarkan di BERNAMA TV. Bersiaran sejak 4 Julai 2022, program ini disiarkan secara langsung setiap hari Isnin - Jumaat selama 1 jam.

Bermula seawal jam 9:00 pagi, rancangan ini memaparkan pelbagai topik termasuklah pendidikan, gaya hidup, kesihatan, isu-isu semasa, hak pengguna, ekonomi serta kesenian dan budaya.

Pada awalnya, idea Apa Khabar Malaysia ini dibangunkan oleh tiga orang yang terlibat dalam proses kandungan kreatif iaitu Abdul Karim Yunus (Datuk Carl), Zikirullah.Z dan Hary Harith.

Kemudian, tenaga produksi diperkukuhkan lagi dengan melibatkan tambahan beberapa lagi orang lain termasuklah Aishah Ahmad Azam dan dibawah seliaan M. Viswa.

Rancangan ini boleh di tonton menerusi siaran MYTV 121, Unifi TV 631, Astro 502 serta menerusi pautan Portal BERNAMA.