Anyaman

Anyaman atau penganyaman ialah satu kaedah menjalin yang mana produknya turut dipanggil sedemikian. Ia ialah kaedah menghasilkan perabot yang tertua dalam sejarah bertarikh sejauh 5,000 tahun lalu. Anyaman sulung kali didokumenkan dari Mesir Kuno, menggunakan bahan tumbuhan yang mudah dibentuk, namun pada zaman moden, ia dibuat dengan apa-apa bahan anyaman yang mudah dilentur.

Anyaman ini dibuat daripada bahan dasar tumbuhan, seperti dedalu, rotan, mensiang dan buluh, namun kini serat sintetik turut dipakai. Anyaman ini ringan sekali gus kukuh, membuatkan ia sesuai untuk barang dibawa ulang-alik.