Anwar al-Awlaki
Anwar al-Awlaki أنور العولقي | |
|---|---|
Anwar al-Awlaki di Yaman pada 2008 | |
| Kelahiran | Anwar Nasser Abdulla Aulaqi 22 April 1971 Las Cruces, New Mexico |
| Meninggal dunia | 30 September 2011 (umur 40) Kegabenoran Al Jawf, Yaman |
| Sebab kematian | Ditembak peluru berpandu AGM-114 Hellfire |
| Kerakyatan | A.S. dan Yaman (dwi) |
| Pusat pendidikan | Colorado State University; San Diego State University; The George Washington University Graduate School of Education and Human Development |
| Pekerjaan | Pensyarah Imam Dikatakan komander serantau Al-Qaeda |
| Majikan | Iman University (dahulunya) |
| Terkenal kerana | Dituduh menjadi perekrut kanan serta jurucakap Al-Qaeda |
| Ketinggian | 6 kaki 1 inci (1.85 m) |
| Anak-anak | 5 |
| Ibu bapa | Nasser al-Aulaqi (ayah) |
| Saudara | Perdana Menteri Yaman Ali Mohammed Mujur |
Anwar al-Awlaki (Arab: أنور العولقي, Anwar al-‘Awlaqī; 22 April 1971 – 30 September 2011) adalah seorang tokoh pejuang Islam kelahiran Amerika Syarikat. Beliau mempunyai dwikerakyatan A.S. dan Yaman. Pegawai A.S. menuduhnya menggalakkan keganasan terhadap Dunia Barat dan perancang operasi al Qaeda. CIA menyenaraikan nama beliau untuk dibunuh. Laman web YouTube dan Facebook menggambarkan beliau sebagai 'Osama bin Laden' Internet.
Mengikut pegawai A.S., al-Awlaki dinaikkan pangkat sebagai "komander serantau" al-Qaeda pada 2009.
Tahun-tahun terakhir, al-Awlaki dipercayai bersembunyi di tenggara Yaman. Beliau dibicarakan in absentia pada 2010 di Yaman, dan seorang hakim menyeru dia ditangkap 'hidup atau mati'. Pasukan tentera Amerika berusaha memburu beliau dan peluru berpandu ditembak, mengenai kereta beliau di Al Jawf pada 30 September 2011.