Anugerah Turing

Anugerah Turing ACM A.M. merupakan hadiah tahunan yang diberikan oleh Persatuan Jentera Perkomputeran (ACM) kepada "individu yang dipilih atas sumbangan yang bersifat teknikal yang dibuat kepada komuniti pengkomputeran". Anugerah ini dinamakan sempena Alan Turing dan diberikan setiap tahun di Bandar Raya New York. Anugerah ini adalah anugerah tertinggi yang boleh diberikan kepada seorang saintis komputer dan "Hadiah Nobel pengkomputeran".