Anugerah Muzik Melon

Anugerah Muzik Melon
Semasa: Anugerah Muzik Melon 2023
Nama asli멜론 뮤직 어워드 (ko)
Melon Music Awards (en)
JenisAnugerah muzik
Dianugerahkan untukPrestasi muzik digital yang luar biasa
TarikhDiadakan pada November atau Disember setiap tahun
NegaraKorea Selatan
Disampaikan olehMelonKakao Entertainment
Kali pertama2009
Tapak web
www.melon.com/mma/home.htm
sunting · sunting di Wikidata

Anugerah Muzik Melon (Korea: 멜론 뮤직어워드) ialah sebuah rancangan anugerah muzik utama yang diadakan setiap tahun oleh Kakao Entertainment (syarikat Kakao) melalui gedung muzik dalam taliannya, Melon. Acara ini pada mulanya merupakan anugerah undian peminat yang dijalankan sepenuhnya dalam talian dari 2005 hingga 2008. Ia kemudiannya telah diadakan secara rasmi di luar talian di Seoul sejak tahun 2009.

Rancangan anugerah ini menggunakan data digital daripada platform muzik Melon—bersama-sama dengan undian dalam talian dan penilaian hakim—untuk mendasarkan anugerahnya kepada artis yang mempunyai prestasi luar biasa sepanjang tahun.