Anugerah Juara Lagu ke-27
| Anugerah Juara Lagu ke-27 | |
|---|---|
| Tarikh | 6 Januari 2013 |
| Tempat | Stadium Putra Bukit Jalil |
| Pengacara | Faizal Ismail dan Cheryl Samad |
| Penerbit | Muhamad Sufian Che Isa |
| Juara Lagu | "Terukir Di Bintang" |
Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2012.
AJL27 dijuarai oleh lagu "Terukir Di Bintang", lagu gubahan dan seni kata Yunalis Zarai , nyanyian Yunalis Zarai digantikan oleh Aizat Amdan . "Terukir Di Bintang" merupakan lagu pertama dan satu-satunya (setakat ini) memenangi Juara Lagu hasil daripada nyanyian oleh penyanyi gantian.