Anugerah Biduan Negara

Anugerah Biduan Negara ialah sebuah anugerah di Malaysia yang dikurniakan kepada penyanyi tanah air yang mempunyai jasa dan sumbangan besar kepada negara itu. Penerima anugerah sering digelar dengan Biduan Negara bagi lelaki dan Biduanita Negara bagi penerima wanita. Anugerah ini diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA). Anugerah ini juga pada mulanya dinamakan sebagai Anugerah Artis Sepanjang Zaman PAPITA.