Antosianin

Antosianin (bahasa Inggeris: anthocyanin, berasal dari gabungan kata Yunani: ἄνθος anthos "bunga", dan κυάνεος/κυανοῦς kyaneos/kyanous "biru") adalah pigmen larut air semula jadi terdapat pada berbagai jenis tumbuhan. Sesuai namanya, pigmen ini memberikan warna kebiruan, kemerahan atau keunguan pada bunga, buah, dan daun tumbuhan hijau bergantung kepada tahap pH kimia. Ia turut diperolehi dari penambahan gula ke dalam antosianidin.

Ia banyak digunakan sebagai pewarna semulajadi dalam berbagai produk kesihatan harian malah dalam produk makanan.