Antillen Kecil
Kedudukan di Caribbean | |
| Koordinat: 14°14′N 61°21′W / 14.233°N 61.350°W | |
| Kawasan | Caribbean |
| Negara pulau | 24
|
| Keluasan | |
| • Jumlah | 14,364 km2 (5,546 batu persegi) |
| Penduduk (2009) | |
| • Jumlah | 3,949,250 |
| • Kepadatan | 274.9/km2 (712/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC−4 (AST) |
| • Musim panas (DST) | UTC−3 (ADT) |
Antillen Kecil (Sepanyol: Pequeñas Antillas; Perancis: Petites Antilles; Bahasa Papiamento: Antias Menor; Belanda: Kleine Antillen) adalah sekumpulan pulau di Laut Caribbean. Sebilangan besar membentuk sebuah lengkok kepulauan gunung berapi yang panjang di antara Antillen Besar di barat laut dengan benua Amerika Selatan. Pulau-pulau membentuk sempadan timur Laut Caribbean dengan Lautan Atlantik. Bersama-sama, Antillen Kecil Besar membentuk Antillen (atau Caribbean dalam definisi teringkas). Apabila digabungkan dengan Kepulauan Lucayan, ketiga-tiganya dikenali sebagai Hindia Barat.