Antihistamin

Antihistamin
Kelas ubat
Struktur molekul histamin
Pengenal kelas
Sebutan/ˌæntiˈhɪstəmn/
Kod ATCR06
Mekanisme tindakan • Antagonis reseptor
 • Agonis songsang
Sasaran biologiReseptor histamin
 • HRH1
 • HRH2
 • HRH3
 • HRH4
Pautan luar
MeSHD006633
Di Wikidata

Antihistamin ialah sejenis ubat yang mengubati rinitis alahan, selesema, influenza dan alahan-alahan. Lazimnya, orang ramai mengambil antihistamin sebagai suatu ubat lazim yang boleh dibeli tanpa preskripsi awal untuk merawat hidung tersumbat, bersin atau kegatalan akibat debunga kutu hama atau alahan haiwan dengan sedikit kesan sampingan. Antihistamin lazimnya digunakan sebagai rawatan jangka masa pendek. Alergi kronik boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan yang mungkin tak dapat diubati antihistamin, termasuk asma, sinusitis dan jangkitan salur pernafasan bawahan. Nasihat daripada pakar perubatan adalah disyorkan bagi mereka yang ingin menggunakan antihistamin dalam tempoh panjang.

Walaupun orang ramai biasanya menggunakan istilah “antihistamin” terhadap apa-apa ubat merawat alahan, para doktor dan ahli sains menggunakan istilah itu khusus terhadap ubat yang melawan aktiviti reseptor histamin dalam badan. Dalam hal ini, antihistamin dikelaskan berdasarkan reseptor yang dilawan. Dua kelas antihistamin terbesar ialah antihistamin H1 dan antihistamin H2.