Enggang Sulu
| Enggang Sulu | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Bucerotiformes |
| Keluarga: | Bucerotidae |
| Genus: | Anthracoceros |
| Spesies: | A. montani
|
| Nama binomial | |
| Anthracoceros montani (Oustalet, 1880)
| |
Enggang Sulu (Anthracoceros montani) atau enggang Montano, ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia endemik di kepulauan Sulu di Filipina, dengan populasi yang tinggal di Tawi-Tawi dan dipercayai telah diburu hingga pupus di Jolo. Habitat semulajadinya ialah hutan lembap tropika. Ia diancam oleh kehilangan habitat serta potensi penangkapan sebagai makanan. Makanannya termasuklah buah-buahan, serangga, dan gerok kecil.
Pada tahun 2019, dilaporkan bahawa hanya 27 ekor enggang matang yang masih dipercayai hidup di alam liar, menjadikannya antara haiwan paling terancam di dunia.