Anthony LaPaglia

Anthony LaPaglia
LaPaglia dan Gia Carides pada 2013
Kelahiran (1959-01-31) 31 Januari 1959
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1985–kini
PasanganCherie Michan (cerai)
Gia Carides (k. 1998; c. 2015)
Alexandra Henkel (k. 2018)
Anak-anak1
SaudaraJonathan LaPaglia (adik)

Anthony LaPaglia (/ləˈpɑːliə/, sebutan bahasa Itali: [laˈpaʎʎa]; lahir 31 Januari 1959) ialah seorang pelakon Australia.

Beliau melakonkan watak Joe dalam komedi Empire Records dan John dalam filem Autumn in New York, serta ejen FBI Jack Malone dalam siri televisyen Amerika Without a Trace, di mana beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik – Drama Siri Televisyen. Beliau juga muncul dalam lapan episod Frasier sebagai saudara alkoholik Daphne Moon, Simon.

Pada tahun 2017, LaPaglia memegang watak Vito Rizzuto dalam siri TV Simon Barry Kanada Bad Blood yang ditayangkan di Citytv, dalam bahasa Perancis di ICI Radio-Canada.