Antasid

Antasid ialah suatu bahan yang meneutralkan keasidan perut dan digunakan untuk mengurangkan pedih hulu hati, ketakcernaan atau gangguan pada perut. Sesetengah antasid juga digunakan untuk merawat sembelit and diarea. Antaasid terdiri daripada garam aluminium, kalsium, magnesium atau natrium. Sesetengah antasid terdiri daripada gabungan garam-garam seperti gandingan magnesium karbonat dan aluminium hidroksida (seperti hidrotalsit). Walaupun begitu, penggunaan antasid adalah simptomatik, dan hanya wajar dalam simptom-simptom ringan.