Antartika Argentina

Antartika Argentina
Antártida Argentina
Jabatan
Peta Antartika Argentina sejak tahun 1950. Pangakalan Orcadas pada tahun 1904.
Kedudukan di Antartika.
Negara Argentina
Wilayah Wilayah Tierra del Fuego, Argentina
Jabatan
Jabatan Antartika Argentina
Penjelajahan pertama1901–1904
Diasaskan olehJosé María Sobral
Pentadbiran
 • GabenorRosana Bertone
 • Pengarah DNAMariano Arnaldo Memolli
Keluasan
 • Jumlah1,461,597 km2 (564,326 batu persegi)
 • Tanah965,597 km2 (372,819 batu persegi)
 
Penduduk
 (Bancian pada 2010)
 • Jumlah469
 • Kepadatan0.00032/km2 (0.00083/batu persegi)
Zon waktuUTC-3
Poskod Argentina
9411
Kod kawasan0054 + 02901
Stesen Esperanza dan Marambio: 0054 + 02964
Pangkalan pertamaPangkalan Orcadas (1904)
Jumlah pangkalan13 buah pangkalan (6 buah tetap dan 7 buah bermusim)
64 buah lain-lain (pondok, tempat perlindungan, kem)
Laman sesawangwww.dna.gov.ar

Antartika Argentina (Sepanyol: Antártida Argentina, Sector Antártico Argentino atau Argentártida) adalah sebuah sektor di Antartika yang dituntut oleh Argentina sebagai sebahagian daripada wilayah negaranya yang terdiri daripada Semenanjung Antartik dan sebuah seksyen segitiga yang mengunjur ke Kutub Selatan, dihadkan oleh meridian 25° Barat dan 74° Barat dan garis selari 60° Selatan. Wilayah ini bertindih dengan tuntutan Britain dan Chile di Antartika; bagaimanapun, kesemua tuntutan tergantung di sebabkan oleh Sistem Perjanjian Antartik, yang mana Argentina merupakan anggota asal penandatanga dan anggota rujukan tetap, bersama-sama Jawatankuasa Perjanjian Antartik yang berpangkalan di Buenos Aires.

Anggaran luas kawasan Antartika Argentina adalah 1,461,597 km2 (564,326 bt2), yang mana965,597 km2 (372,819 bt2) adalah daratan. Ais di pelantar glasier mempunyai ketebalan 2 km secara purata. Julat suhu pula adalah 0 °C pada musim panas dan -60 °C pada musim sejuk meskipun di beberapa titik ia mungkin turun sehingga sekitar -82 °C.

Zon Waktu UTC-3 digunakan sepertimana di benua Amerika Selatan.

Argentina mempunyai enam buah stesen kekal Atlantik dan tujuh buah stesen musim panas dengan kesemuanya berjumlah 13 buah.

Berdasarkan bancian kebangsaan terkini Argentina, pada Oktober 2010 (musim sejuk) terdapat 230 penduduk di enam buah pangkalan tetap, termasuk 9 buah keluarga dan 16 kanak-kanak seperti beriktu: 75 orang di Marambio, 66 orang di Esperanza, 33 orang di Jubany, 20 orang di San Martín, 19 orang di Belgrano II dan 17 orang di Orcadas.