Annahita Bakavoli

Annahita Bakavoli
Kelahiran
Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli

(1982-08-25) 25 Ogos 1982
PendidikanSarjana Muda Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara TV
Tahun aktif2002–2017
Terkenal keranaKhaty dalam Spanar Jaya

Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli merupakan seorang pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Annahita dilahirkan pada 25 Ogos 1982 di Pulau Pinang. Annahita berdarah campuran Melayu dan Parsi. Annahita merupakan lulusan Sarjana Muda Undang-undang UiTM. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St. George, Jalan Macalister Pulau Pinang. Beliau telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja anjuran Karangkraf pada 20hb Jun 2002.