Anna Komnena

Anna Komnena
Lukisan anakronistik abad ke-19, melukiskannya dengan sangat romantik
Keputeraan1 Disember 1083
Ruangan Diraja Pophyra, Konstatinopel, Empayar Romawi Timur
(kini Istanbul, Türkiye)
Kemangkatan1153(1153-00-00) (umur 69–70)
Kecharitomene, Konstatinopel, Empayar Romawi Timur
(kini Istanbul, Türkiye)
PasanganKonstantin Doukas
Nikephoros Bryennios si Muda
AnakandaAlexios Komnenos
John Doukas
Irene Doukaina
Maria Bryennaina Komnene
KerabatKeluarga Diraja Komnenos
AyahandaAlexios I Komnenos
BondaIrene Doukaina

Anna Komnena (Yunani: Ἄννα Κομνηνή, rumi: Ánna Komnēnḗ; 1 Disember 1083 – 1153), biasanya dilatinkan sebagai Anna Komnena, ialah seorang ahli sejarah Yunani dari Rom Timur. Dia adalah penulis Alexiad, kisah sejarah ayahandanya, maharaja Rom Timur Alexios I Komnenos. Karya Anna merupakan sumber utama sejarah abad pertengahan pada akhir abad ke-11, awal abad ke-12 dan Perang Salib awal.

Dia berpendidikan dalam "sastera dan sejarah Yunani, falsafah, matematik, dan perubatan." Constantine maut sekitar 1094, dan Anna menikah dengan Nikephoros Bryennios pada 1097. Kedua-duanya mempunyai beberapa anak sebelum kematian Nikephoros sekitar tahun 1136.

Selepas kematian bapanya pada tahun 1118, Anna dan ibunya cuba merampas kuasa dari pentadbiran John II Komnenos. Tetapi Suaminya tidak mahu mendukung mereka berdua dan rampasan kuasa itu gagal. Akibatnya, John mengasingkan Anna ke Biara Kecharitomene, di mana dia menghabiskan sisa hidupnya. Dalam pengasingannya, dia menulis Alexiad.