Anjing penjaga haiwan ternakan

Anjing penjaga haiwan ternakan ialah sejenis anjing yang dibiakbakakan untuk tujuan perlindungan haiwan ternakan daripada pemangsa.

Anjing penjaga haiwan ternakan berada bersama dengan kelompok haiwan yang dilindungi olehnya sebagai anggota sepenuh masa dalam kawanan. Keupayaannya untuk menjaga kawanannya terutamanya berdasarkan naluri, kerana anjing ini terikat dengan kawanan sejak usia muda. Tidak seperti anjing gembala yang mengawal pergerakan haiwan ternakan, anjing penjaga haiwan ternakan membaur dengan kawanan, sambil memerhatikan penceroboh dalam kawanan. Kehadiran anjing penjaga semata-mata biasanya cukup untuk mengusir sesetengah pemangsa dan anjing penjaga haiwan ternakan menghadap pemangsa dengan intimidasi suara, salakan, dan paparan tingkah laku sangat agresif. Anjing ini mungkin menyerang atau melawan pemangsa jika tidak dapat mengusir pemangsa.