Anime larut malam
Anime larut malam (深夜アニメ, shin'ya anime) istilah yang mentakrifkan siri televisyen anime yang disiarkan pada lewat malam atau awal subuh di Jepun, iaitu lebih kurang dari jam 11 malam hingga 4 pagi. Adakalanya waktu siarannya ditulis mengikut format waktu yang menjangkau 24, seperti 25:30 dan 26:00, iaitu bersamaan dengan 1:30 dan 2 pagi hari seterusnya.