Animal Farm

Animal Farm
Umum
PengarangGeorge Orwell
NegaraUnited Kingdom
BahasaInggeris
GenreSatira
Penerbitan
Pelukis kulitChristopher Corr
PenerbitSecker dan Warburg (London)
Tarikh penerbitan
17 Ogos 1945
Jenis media
Tercetak (kuli tebal & kulit lembut)
Halaman112 halaman (edisi kulit lembut UK)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN Tiada Invalid ISBN

Animal Farm ialah sebuah novel pendek satira (yang juga boleh dianggap sebagai suatu dongeng atau alegori) yang ditulis oleh George Orwell mengenai sekumpulan binatang yang menggulingkan manusia daripada ladang yang didiami mereka. Mereka sendiri mengendalikan ladang itu, hanya untuk melihat keadaan merosot menjadi suatu kezaliman pada dirinya. Buku ini ditulis semasa Perang Dunia II dan diterbitkan pada tahun 1945, walaupun ia tidak mencapai kejayaan sehingga akhir dekad 1950-an.

Animal Farm ialah alegori satira tentang totalitarianisme Soviet. Peristiwa-peristiwa utama dalam buku ini mendasarkan peristiwa-peristiwa Kesatuan Soviet semasa era Stalin. Orwell, penyokong sosialisme demokratik serta ahli Parti Buruh Bebas selama banyak tahun, adalah pengkritik Stalin. Beliau mengesyaki Stalinisme yang dipandu oleh Moscow selepas pengalamannya dalam Perang Saudara Sepanyol.