Angklung

Angklung
Angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara
NegaraIndonesia
KriteriaTradisi dan Ekspresi Lisan, Seni Persembahan, Adat resam, ritual dan perayaan, Pengetahuan dan amalan berdasarkan lingkungan dan alam semesta, dan Kemahiran dalam kraftangan tradisional
Rujukan393
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2010 (sesi 5th)
SenaraiRepresentative List

Angklung Tradisional (Skala Pentatonik – Slendro: Angklung Kanekes, Angklung Dogdog Lojor, Angklung Gabrag, Angklung Badeng, Angklung Bungko, Angklung Badud, Angklung Buncis, and angklung Calung) and Angklung Moden (Skala Diatonik/Kromatik – Slendro, Pelog dan Madenda: Angklung Padaeng)

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Pada 18 November 2010, UNESCO secara rasmi mengiktiraf angklung sebagai Karya Agung Warisan Kemanusiaan Lisan dan Tidak Ketara Indonesia. Walaupun UNESCO telah mengiktiraf Angklung sebagai Warisan Budaya Tak Benda Indonesia, Angklung mempunyai kewujudan yang meluas di beberapa Negara Asia Tenggara seperti di Thailand, Filipina, dan Malaysia.