Angkatan Islam Singapura
Angkatan Islam Singapura Singapore Islamic Movement Huí Jiào Zhèn Xiàn | |
|---|---|
| Diasaskan | 06 Ogos 1958 |
| Pecahan | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Ibu pejabat | 20, Maxwell Road, #09-17, Maxwell House, Singapore 069113 |
| Ideologi | Islam Demokrasi Islam |
| Parlimen | 0 / 89
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Angkatan Islam Singapura atau ANGKASA (pernah dikenali sebagai Angkatan Islam) adalah sebuah parti politik Islam di Singapura yang diluluskan penubuhan secara rasmi pada 6 Ogos 1958 di Singapura. Pada peringkat awalnya, Angkatan Islam merupakan sebuah 'cabang' kepada Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Angkatan Islam mendakwa mereka berjuang untuk kemajuan dan melindungi kepentingan orang Islam di Singapura.
Angkatan Islam Singapura menyertai Pilihan Raya pada 1959 dan 1963 menggunakan nama Parti Islam Se-Tanah Melayu.
Sesuai dengan perubahan Singapura yang telah merdeka pada tahun 1965, PAS Cawangan Singapura telah ditukarkan namanya kepada Angkatan Islam mulai awal tahun 1966. Dalam Pilihan Raya 1972, Angkatan Islam Singapura menghantar calon di bawah gabungan United National Front (Barisan Bersatu Kebangsaan). Dalam Pilihanraya era 1980-an, Angkatan Islam membuat kemunculan semula dan bergerak sendirian.
Pada 14 Mac 2011, Angkatan Islam secara rasmi menambah "Singapura" di belakang nama mereka menjadikan nama mereka sebagai Angkatan Islam Singapura atau "Angkasa".