Angeline Tan

Ardini Angeline Tan
้™ˆ่œฟ่“
Kelahiran
Tan Yoke Yeah

(1967-12-29) 29 Disember 1967
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1986โ€“kini
PasanganSabri Yunus (k. 2023)
KerabatTan
(secara lahir)
Anak-anak2

Ardini Angeline Tan (lahir Tan Yoke Yeah; 29 Disember 1967) ialah seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia yang berketurunan Cina. Beliau popular menerusi watak Lucy dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an. Aktif berlakon dalam drama Melayu dan Mandarin, Angeline merupakan antara pelawak yang sering membuat kemunculan sebagai pelawak pentas di RTM.

Tan ialah anak sulung daripada tujuh beradik pada awalnya bekerja di sebuah syarikat produk kecantikan. Beliau mula berlakon pada 1986 dalam siri drama Cina Empat Sekawan bersama Datuk Lai Meng.