Angela Bassett
Angela Bassett | |
|---|---|
Bassett pada 2015. | |
| Kelahiran | Angela Evelyn Bassett 16 Ogos 1958 Harlem, New York, A.S. |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit, aktivis |
| Tahun aktif | 1986–kini |
| Pasangan | Courtney B. Vance (1997–kini) |
Angela Evelyn Bassett (lahir 16 Ogos 1958) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat.
Beliau terkenal dengan peranan filem biografi, terutama persembahannya sebagai Tina Turner dalam biopik What's Love Got to Do with It (1993), yang mana beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik dan memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi. Bassett telah memegang watak tokoh terkenal Betty Shabazz dalam Malcolm X (1992) dan Panther (1995), Katherine Jackson dalam The Jacksons: An American Dream (1992), Voletta Wallace dalam Notorious (2009), dan Coretta Scott King dalam Betty & Coretta (2013). Filem lakonan beliau yang lain ialah Reva Styles dalam Boyz n the Hood (1991), Bernie Harris dalam Waiting to Exhale (1995), Rachel Constantine in Contact (1997), Lynne Jacobs dalam Olympus Has Fallen (2013) dan London Has Fallen (2016), dan Queen Ramonda dalam Black Panther (2018) dan Avengers: Endgame (2019).