Andy Teh
Andy Teh | |
|---|---|
郑金发 | |
| Kelahiran | Andy Teh Kim Huat 8 September 1985 |
| Nama lain | Andy |
| Pekerjaan | Pelakon, Pengacara, Jurulatih MMA |
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Ketinggian | 173 cm (5 ka 8 in) |
Andy Teh Kim Huat (lahir 8 September 1985) (Cina: 郑金发) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Dr Norman Arif dalam drama I-Tanggang: Mother Of All Lies (2021), sebagai Ah Seng dalam drama X-Change: The Bonds Of Blood (2024) dan sebagai Toa Seng dalam drama First Wives: Sisters Before Misters (2025). Terbaru, dia mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan dan sedang mengukuhkan kedudukannya dalam persada seni tanah air menerusi watak Pablo dalam filem aksi blockbuster, Blood Brothers: Bara Naga (2025). Beliau kini sedang giat mengembangkan kerjayanya dalam filem dan drama tempatan, dan dilihat sebagai salah seorang bintang sokongan yang berpotensi besar dalam dunia lakonan aksi Malaysia.