Andrew Stanton
Andrew Stanton | |
|---|---|
Stanton di Festival Filem Venezia 2009 | |
| Kelahiran | 3 Disember 1965 Rockport, Massachusetts, Amerika Syarikat |
| Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis lakonlayar, pelakon suara |
| Tahun aktif | 1987–kini |
Karya terkenal | A Bug's Life Finding Nemo WALL-E John Carter Finding Dory Stranger Things |
| Pasangan | Julie Stanton (k. 1991) |
| Anak-anak | 2 |
Andrew Stanton (lahir 3 Disember 1965) merupakan seorang pengarah filem, penulis lakonlayar, penerbit dan pelakon suara Amerika Syarikat yang berkhidmat di Pixar. Karya filemnya termasuk menulis dan mengarahkan filem Pixar A Bug's Life (1998) (sebagai pengarah bersama), Finding Nemo (2003) dan kesinambungannya Finding Dory (2016), WALL-E (2008), dan filem aksi hidup, Disney John Carter (2012). Beliau juga menulis bersama keseluruhan filem Toy Story dan Monsters, Inc. (2001)
Finding Nemo dan WALL-E melayakkan beliau memperoleh dua Anugerah Akademi untuk Cetera Animasi Terbaik. Beliau juga dicalonkan untuk tiga Anugerah Akademi untuk Skrip Asal Terbaik, untuk Finding Nemo, WALL-E, dan Toy Story (1995), dan untuk Anugerah Akademi untuk Adaptasi Lakonlayar Terbaik untuk Toy Story 3 (2010). Stanton mengarahkan sekuelnya untuk Finding Nemo, Finding Dory, yang dikeluarkan pada Jun 2016.