Andrew Robertson
|
Robertson bersama Scotland | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Andrew Henry Robertson | ||
| Tarikh lahir | 11 Mac 1994 | ||
| Tempat lahir | Glasgow, Scotland | ||
| Ketinggian | 5 kaki 10 inci (1.78 m) | ||
| Posisi permainan | Bek kiri | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Liverpool | ||
| Nombor | 26 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| –2009 | Celtic | ||
| 2009–2012 | Queen's Park | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2012–2013 | Queen's Park | 34 | (2) |
| 2013–2014 | Dundee United | 36 | (3) |
| 2014–2017 | Hull City | 99 | (3) |
| 2017– | Liverpool | 253 | (10) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2013–2015 | Scotland B21 | 4 | (0) |
| 2014– | Scotland | 66 | (3) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2025 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 (UTC) | |||
Andrew Robertson (lahir 11 Mac 1994) adalah merupakan pemain bola sepak profesional dari Scotland yang bermain sebagai bek kiri untuk kelab daripada Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan kapten pasukan bola sepak kebangsaan Scotland.
Robertson memulakan karier seniornya bersama Queen's Park pada 2012 sebelum menyertai Dundee United pada tahun berikutnya. Pencapaian pada musim pertamanya sebagai pemain bola sepak profesional telah menyebabkan beliau dinamakan dalam anugerah Pemain Muda Tahunan SPFA dan juga melakukan penampilannya dalam aksi antarabangsa. Beliau menyertai Hull City pada Julai 2014 dengan harga £2.85 juta sebelum menyertai Liverpool pada Julai 2017 dengan harga klausa yang dipercayai bernilai £8 juta. Beliau muncul dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA secara berturut-turut dalam dua musim pertamanya dan berjaya memenanginya pada 2019. Atas pencapaian aksinya dalam musim Liga Perdana Inggeris 2018-19, beliau telah dinamakan dalam anugerah Pasukan Tahunan PFA.
Robertson melakukan penampilan penuh antarabangsanya untuk Scotland pada Mei 2014 dan dilantik sebagai kapten Scotland pada September 2018.