Andrew Cunningham, Viscount Pertama Cunningham dari Hyndhope

Viscount Cunningham dari Hyndhope
Laksamana Armada Sir Andrew Cunningham, 1947
Nama lahirAndrew Browne Cunningham
Nama samaran"ABC"
Kelahiran(1883-01-07)7 Januari 1883
Rathmines, Ireland
Meninggal dunia12 Jun 1963(1963-06-12) (umur 80)
London
Place of burialDikebumikan di laut jauh dari Portsmouth
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanTentera Laut Diraja
Tahun perkhidmatan1897–1946
PangkatLaksamana Armada
ArahanHMS Scorpion
HMS Rodney
Skuadron Kruiser Tempur
Armada Mediterranean
First Sea Lord
PertempuranPerang Boer Kedua
Perang Dunia I
  • Pemburuan Goeben dan Breslau
  • Dardanelles

Kempen British di Baltik
Perang Dunia II

AnugerahViscounty Hyndhope
Knight of the Order of the Thistle
Knight Grand Cross of the Order of the Bath
Member of the Order of Merit
Distinguished Service Order & Dua Bar
HubunganJeneral Sir Alan Cunningham (adik)
Tugas lainPesuruhjaya Tinggi kepada Perhimpunan Agung Gereja Scotland
Lord High Steward

Laksamana Armada Andrew Browne Cunningham, Viscount Pertama Cunningham dari Hyndhope, KT, GCB, OM, DSO & Dua Bar (7 Januari 1883 – 12 Jun 1963) adalah seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja (RN) British semasa Perang Dunia II. Beliau lebih dikenali dengan nama timangan, "ABC".

Cunningham telah dilahirkan di Rathmines di bahagian selatan Dublin pada 7 Januari 1883. Selepas memulakan persekolahan di Dublin dan Edinburgh, beliau mendaftar di Sekolah Stubbington House, pada usia 10 tahun, memulakan pergaulannya dengan Royal Navy. Selepas lulus dari Kolej Tentera Laut Diraja Britannia, Dartmouth, pada tahun 1898, beliau naik pangkat dengan cepat. Beliau memerintah sebuah kapal pembinasa semasa Perang Dunia I dan aktif bertugas pada zaman antara perang. Beliau dikurniakan Distinguished Service Order berserta dua Bar, untuk prestasinya pada waktu itu, terutama sekali untuk aksinya di Dardanelles dan di Baltik.

Pada Perang Dunia II, selaku Panglima Besar, Armada Mediterranean, Cunningham memimpin angkatan laut British sehingga mencapai kemenangan dalam beberapa pertempuran laut Mediterranean yang kritikal. Ini termasuklah serangan ke atas Taranto pada tahun 1940, iaitu serangan pertama sepenuhnya dari pesawat kapal laut dalam sejarah, dan Pertempuran Cape Matapan pada tahun 1941. Cunningham mengawal garisan bekalan Mediterranean menerusi Iskandariah, Gibraltar, dan titik sempit utama Malta. Beliau juga mengarah bantuan laut untuk beberapa pendaratan besar pihak Bersekutu di zon pesisiran pantai Barat Mediterranean. Pada tahun 1943, Cunningham telah dilantik ke jawatan First Sea Lord, iaitu ketua profesional Tentera Laut Diraja dan menyandangnya sehingga bersara pada tahun 1946. Beliau telah dinaikkan darjat sebagai Baron Cunningham dari Hyndhope pada 1945 dan dijadikan Viscount Cunningham dari Hyndhope tahun berikutnya. Selepas persaraannya, Cunningham menikmati beberapa jawatan istiadat, seperti Lord High Steward di istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II pada tahun 1953. Beliau meninggal dunia pada 12 Jun 1963, semasa berusia 80 tahun.