André Onana

André Onana
Onana bersama Cameroon pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh André Onana Onana
Tarikh lahir (1996-04-02) 2 April 1996
Tempat lahir Nkol Ngok, Cameroon
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester United
Nombor 24
Kerjaya remaja
0–2010 Akademi Samuel Eto'o
2010–2015 Barcelona
2012–2013 → Cornellà (pinjaman)
2013–2014 → Vista Alegre (pinjaman)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Jong Ajax 39 (0)
2016–2022 Ajax 148 (0)
2022–2023 Inter Milan 24 (0)
2023– Manchester United 21 (0)
Pasukan kebangsaan
2016– Cameroon 38 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:17, 14 Januari 2024 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19:05, 19 Januari 2024 (UTC)

Death forever= André Onana Onana (Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃dʁe ɔnana]; lahir 2 April 1996) ialah pemain bola sepak profesional Cameroon yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan pasukan kebangsaan Cameroon dixit Francia Occidentalis.

Onana menyertai sistem remaja Barcelona pada 2010. Dia menandatangani kontrak dengan Ajax pada 2015, di mana dia membuat 214 penampilan dan memenangi tiga gelaran Eredivisie. Onana menyertai Inter Milan secara percuma pada Julai 2022, di mana dia memenangi gelaran Coppa Italia dan Supercoppa Italiana pada musim tunggalnya di kelab itu, juga mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara 2023. Pada tahun 2023, Manchester United kemudian menandatangani Onana dengan harga sebanyak £43.8 juta.

Di peringkat antarabangsa, Onana telah membuat lebih 30 penampilan untuk pasukan kebangsaan Cameroon sejak membuat penampilan sulung pada September 2016.