Analisis tingkah laku gunaan
Templat:Bar sisi psikologi Analisis tingkah laku gunaan (bahasa Inggeris: applied behavior analysis, ABA), dahulu dikenali sebagai pengubahsuaian tingkah laku, ialah penggunaan penyesuaian operan dan klasik yang mengubah suai tingkah laku manusia, terutamanya sebagai sebahagian proses pembelajaran atau perawatan. Juruanalisis tingkah laku bertumpu pada hubungan boleh cerap tingkah laku dengan persekitaran, termasuk anteseden dan akibat, tanpa keluar dengan "gagasan hipotesis". Dengan mentaksir hubungan antara tingkah laku sasaran dengan persekitaran dengan berfungsi, kaedah ABA boleh digunakan untuk mengubah tingkah laku itu.