Anak-anak Sidek
| Format | Komik autobiografi |
|---|---|
| Edaran |
|
| Penerbit |
|
| Jumlah edaran | 164 |
| Pengasas | Raja Azmi |
| Tahun ditubuhkan | 24 Oktober 1995 |
| Isu pertama |
|
| Isu terakhir |
|
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Anak-anak Sidek ialah sebuah komik autobiografi jaguh badminton negara karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn. Bhd. Komik ini menjadi komik biografi yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang diterbitkan selama 11 tahun, dari 1995 hingga 2006. Raja Azmi merupakan penerbit komik ini. Ia merupakan komik biografi mengenai keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek, berdasarkan kisah benar. Komik ini juga pernah diulang cetak sebanyak beberapa kali kerana menerima permintaan tinggi daripada pembaca.
Terdapat juga siri animasinya dengan judul yang sama, yang telah disiarkan di RTM selama 3 musim dan 39 episod dari tahun 1999 hingga 2002. Semua anak-anak Sidek, kecuali Razif, menjadi ahli lembaga pengarah dan penerbit eksekutif bagi kedua-dua komik dan siri animasi ini.
Komik ini dilancarkan semula pada 2008 dan disertakan dengan VCD siri animasi ini, tetapi ia tiada lagi di pasaran sejak 2011.