Ana Raffali

Ana Raffali
Kelahiran
Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali

(1985-11-04) 4 November 1985
Kerjaya muzik
GenrePop alternatif
Alat muzikVokal, gitar
Syarikat rakamanAidit Alfian Records
Universal Music (Malaysia)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "img_size"

Ana Raffali (lahir Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali; 4 November 1985) ialah seorang pemuzik Malaysia. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang dikeluarkan pada April 2010.

Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL). Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.