Amiriah
Amiriah, emiriah atau keamiran (Arab: إمارة, imārah ; jamak: إمارات, imarāt) ialah suatu bentuk wilayah politik yang diperintah oleh seorang amir. Kebanyakan amiriah yang ada kini yang sudah menghilang, sama ada memasuki negara moden yang lebih besar atau ditukarkan gelaran bagi ketua penguasanya seperti "Mālik" atau Sultan.
Contoh dari penggunaan hal ini adalah Emiriah Arab Bersatu, sebuah negara persekutuan gabungan tujuh amiriah yang masing-masingnya diatur oleh amir yang diwariskan dari kerabat, ketujuh-tujuh kerajaan ini membentuk lembaga pengundian untuk memilih Presiden dan Perdana Menteri mewakili negara ini di peringkat antarabangsa.