Amir Muhammad
Amir Muhammad | |
|---|---|
Amir pada 2025 | |
| Kelahiran | 5 Disember 1972 |
| Pusat pendidikan | Universiti East Anglia |
| Pekerjaan | Pengarah filem, penulis |
| Tahun aktif | 1998–kini |
| Laman web rasmi | Writing by Amir |
Amir Muhammad (lahir 5 Disember 1972) ialah seorang penulis dan pengarah filem lelaki Malaysia. Beliau mula menulis untuk penerbitan bercetak di Malaysia semenjak berusia 14 tahun lagi.
Pada tahun 2000, beliau menulis dan mengarah filem DV pertama Malaysia (Lips to Lips) yang turut bertanding di 20th Hawaii International Film Festival, 2000 (USA), dan 14th Singapore International Film Festival, 2001. Sebahagian besar hasil kerjanya telah dipersembahkan di festival-festival antarabangsa termasuklah Festival Filem Sundance dan Festival Filem Antarabangsa Berlin. Beliau juga menerbitkan beberapa filem. Dua daripada filem-filem beliau (Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Khabar Orang Kampung) diharamkan di Malaysia.