Amiga CD32
| Pengilang | Commodore |
|---|---|
| Jenis | Konsol permainan video |
| Generasi | Generasi kelima |
| Ketersediaan runcit | 17 September 1993 |
| Media | CD-ROM |
| CPU | Motorola 68EC020 (32-bit) berkelajuan 14.32 MHz (NTSC) atau 14.18 MHz (PAL) |
Amiga CD32, (ditulis sebagai CD32) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Commodore dan merupakan konsol 32-bit pertama yang dipasarkan dalam pasaran di Eropah. Konsol ini tidak begitu mendapat perhatian di kalangan pengguna-pengguna di kawasan Eropah kerana strategi pengiklanan yang tidak begitu memberangsangkan serta mutu kebanyakkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini tidak begitu baik.
Konsol Amiga CD32 tidak lama dipasarkan di pasaran dan syarikat Commodore menghentikan pengeluaran konsol ini oleh kerana pada ketika itu syarikat Commodore diisytiharkan muflis.