American Sniper

American Sniper
PengarahClint Eastwood
PenulisJason Hall
BerdasarkanAmerican Sniper oleh
Chris Kyle
Scott McEwen
Jim DeFelice
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiTom Stern
Disunting oleh
  • Joel Cox
  • Gary D. Roach
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 11 November 2014 (2014-11-11) (AFI Fest)
  • 25 Disember 2014 (2014-12-25) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
132 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$58.8 juta
Pecah panggung$547.3 juta

American Sniper ialah sebuah filem biografi perang Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Clint Eastwood dan ditulis oleh Jason Hall. Ia adalah berdasarkan memoir American Sniper: The Autobiography of the Most Lethal Sniper in U.S. Military History (2012) oleh Chris Kyle. Filem ini dibintangi Bradley Cooper sebagai Kyle dan Sienna Miller sebagai isterinya Taya bersama-sama Luke Grimes, Kyle Gallner, Sam Jaeger, Jake McDorman dan Cory Hardrict.

Tayangan perdana adalah pada November 11, 2014 di Festival Institut Filem Amerika disusuli dengan tayanag teater terhad di Amerika Syarikat pada Disember 25, 2014 dan tayangan meluas pada Januari 16, 2015. Filem ini mencapai kejayaan besar dengan kutipan seluruh dunia sebanyak $547 mjuta, menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 di Amerika Syarikat ($350 juta), filem perang dengan kutipan tertinggi sepanjang masa dan filem Eastwood dengan kutipan tertinggi setakat ini.

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dengan kebanyakkannya memuji lakonan Cooper dan arahan Eastwood. Di Anugerah Akademi ke-87, American Sniper menerima enam pencalonan dan memenangi satu.