Amenhotep III

Amenhotep III (juga dieja Amenophis III; bahasa Mesir: Amāna-Ḥātpa "Amun Puas Hati") juga dikenali sebagai Amenhotep yang Mengagumkan, merupakan fir'aun kesembilan dinasti ke-18 Mesir. Menurut pelbagai sumber, baginda memerintah Mesir mulai Jun 1386 SM hingga 1349 SM, atau Jun 1388 SM hingga Disember 1351 SM/1350 SM selepas kemangkatan ayahandanya, Thutmose IV. Amenhotep III merupakan anak kepada Thutmose dan Mutemwiya, seorang isteri kecil kepada ayahanda Amenhotep.

Pemerintahan baginda merupakan suatu zaman kemakmuran yang luar jangkaan serta kegemilangan bidang seni, apabila Mesir mencapai kemuncak kuasa kesenian dan antarabangsa. Apabila baginda mangkat (sekitar tahun ke-39 pemerintahannya), pewarisnya mengambil alih takhta sebagai Amenhotep IV, tetapi kemudian menukar nama kepada Akhenaten.