Amelia Henderson
Amelia Henderson | |
|---|---|
| Kelahiran | Amelia Thripura Henderson 20 Oktober 1995 |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, penerbit |
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Pasangan | Dato’ Indera Tunku Harunnarasheed Putra (k. 2015; c. 2018) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara |
|
| Laman web rasmi | ameliath |
Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem. Antara drama lakonannya ialah Keluarga Pontimau (2015), Jangan Benci Cintaku (2018), Cinta Non Grata (2019), Cik Ayu Mee Sanggul (2021) dan I.D. (2024). Beliau juga telah berlakon dalam beberapa filem termasuk Talentime (2009), J2: J Retribusi (2021), Pulau (2023), Harimau Malaya: The Untold Journey (2024) dan Blood Brothers: Bara Naga (2025).