Ambulans
Ambulans (Jawi: امبولنس) atau kereta sakit (Jawi: کريتا ساكيت) adalah kenderaan berkelengkapan alat perubatan untuk mengangkut dan merawat cemasorang-orang yang sakit atau cedera semasa dalam perjalanan dari tempat kejadian menuju tempat rawatan lanjut. Kenderaan jenis ini boleh berupa kenderaan darat (termasuk van, lori), perairan (termasuk kapal) mahupun udara (termasuk helikopter dengan corak khusus serta lampu dan semboyan menandakan keberadaan di jalan raya.