Aman Aziz

Aman Aziz
Nama lahirMohammad Razman bin Abdul Aziz
Kelahiran (1993-10-18) 18 Oktober 1993
Bukit Rambai, Klebang, Melaka, Malaysia
AsalMalaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pereka grafik
Alat muzikSuara
Tahun aktif2014–kini
sunting · sunting di Wikidata

Mohammad Razman Abdul Aziz (lahir 18 Oktober 1993) atau lebih dikenali sebagai Aman Aziz merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar naib juara Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Lagu debut nyanyiannya berjudul "Without You" yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Awi Rafael berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai. Seiring itu, beliau juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan.