Amélie (filem)
| Amélie (Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain) | |
|---|---|
| Pengarah | Jean-Pierre Jeunet |
| Penulis | Jean-Pierre Jeunet (senario) Guillaume Laurant (dialog) |
| Dihasilkan oleh | Jean-Marc Deschamps Claudie Ossard |
| Dibintangi | Audrey Tautou Mathieu Kassovitz Rufus Claire Maurier Isabelle Nanty Dominique Pinon Serge Merlin Jamel Debbouze Arthus de Pengerne Maurice Bénichou |
| Dikisahkan oleh | André Dussollier |
| Sinematografi | Bruno Delbonnel |
| Disunting oleh | Jeffery Schneid |
| Muzik oleh | Yann Tiersen |
| Diedarkan oleh | UGC (Perancis) Miramax Films (A.S.) |
Tarikh tayangan | 25 April 2001 (Perancis) 5 Oktober 2001 (UK) 16 November 2001 (A.S.) 21 Disember 2001 (Australia) |
Masa tayangan | 122 min. |
| Negara | Perancis |
| Bahasa | Perancis |
| Bajet | €11,400,000 |
| Pecah panggung | $173,921,954 (seluruh dunia) |
Amélie atau nama penuhnya Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain (Takdir Tidak Terperi Amélie) ialah sebuah filem komedi romantik Perancis 2001. Ia diarahkan Jean-Pierre Jeunet dan dibintangi oleh Audrey Tautou yang memegang watak Amélie. Lakon layar yang ditulis oleh Jean-Pierre bersama Guillaume Laurant ini berlatarbelakangkan kehidupan di Montmarte, Paris. Ia mengisahkan tentang gadis pelayan restoran yang pemalu tetapi memutuskan untuk mengubah kehidupan orang-orang di sekelilingnya sementara bergelumang dengan kehidupannya sendiri yang terasing.
Filem ini merupakan terbitan usaha sama Perancis dan Jerman. Amélie telah memenangi banyak anugerah-anugerah filem di antaranya Filem Terbaik di Anugerah Filem Eropah pada 2002 di Jerman dan Anugerah César di Perancis pada tahun yang sama. Ia juga telah menerima lima pencalonan Anugerah Academy 2002 di Amerika Syarikat dalam kategori Penataan Seni Terbaik-Penataan Set, Sinematografi Terbaik, Filem Bahasa Asing Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik serta Lakon Layar & Cerita Asal Terbaik. Filem ini walau bagaimanapun tidak diputarkan di Malaysia. Ia masuk ke pawagam-pawagam negara tetangga Asia lain seperti Korea Selatan, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Filipina.