Alternatif untuk Jerman
Alternatif untuk Jerman Alternative für Deutschland | |
|---|---|
| Singkatan | AfD |
| Pengerusi | Tino Chrupalla (mul) (2019–) Alice Weidel (mul) (2022–) |
| Ketua | Jörg Meuthen Alexander Gauland |
| Timbalan | Georg Pazderski Kay Gottschalk Albrecht Glaser |
| Ketua parlimen | Alice Weidel Alexander Gauland |
| Pengasas | Bernd Lucke (mul) |
| Diasaskan | 6 Februari 2013 |
| Anggota bagi | Senarai |
| Ibu pejabat | Schillstraße 9 10785 Berlin |
| Sayap belia/pemuda | Pemuda Alternatif |
| Keanggotaan (2017) | ▲ 29,000 |
| Ideologi | Nasionalisme Jerman Populisme sayap-kanan Euroskeptisisme Konservatisme nasional Anti-Islam Anti-imigrasi Antifeminisme Dahulunya - Liberalisme nasional |
| Kedudukan politik | sayap-kanan hingga pelampau-kanan |
| Hubungan Eropah | Tiada |
| Kumpulan Parlimen Eropah | EFDD |
| Warna | Biru muda Merah |
| Slogan | Mut zur Wahrheit |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| Bundestag | 81 / 736 |
| Parlimen Negeri Jerman | 228 / 1,884 |
| Parlimen Eropah | 9 / 96 |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Alternatif untuk Jerman (Bahasa Jerman: Alternative für Deutschland, AfD) merupakan sebuah parti politik Jerman berfahaman populisme sayap kanan dan Euroskeptisme.
Parti ini didirikan pada bulan April 2013. Parti ini memenangi 4.7% suara dalam pilihan raya persekutuan negara tersebut pada tahun yang sama dan hampir memperoleh 5% undian untuk melayakkan mendapat kerusi di Bundestag. Pada tahun 2014 pula, parti ini memenangi 7.1% undian iaitu 7 dari 96 kerusi untuk mewakili Jerman dalam Parlimen Eropah melalui pilihanraya yang dilangsungkan pada tahun itu. Serta tergolong dalam kelompok Konservatif dan Reformis Eropah (ECR) sehingga AfD diusir dari kelompok itu pada bulan April 2016 mengikuti aliansi AfD dengan Parti Kemerdekaan Austria. Setelah pemimpin AfD membuat pernyataan kontroversi mengenai suatu usul yang mencadangkan penembakan imigran. Ketika perhimpunan agung parti ini berlangsung pada 30 April 2016, salah seorang anggotanya dalam Parlimen Eropah, Marcus Pretzell telah mengumumkan niatnya untuk menyertai kelompok Eropah Milik Bangsa-bangsa dan kebebasan yang merupakan parti pecahan daripada Barisan Nasional di Perancis.
Pada Mei 2017, anggota parti ini telah menduduki 13 dari 16 kerusi parlimen di negeri-negeri Jerman. Parti ini buat masa sekarang diketuai oleh Frauke Petry dan Jörg Meuthen.