Alois Hitler

Alois Hitler
Hitler pada 1901
Kelahiran
Alois Schicklgruber

(1837-06-07)7 Jun 1837
Strones, Waldviertel, Austria Bawah, Austria, Konfederasi Jerman
Meninggal dunia3 Januari 1903(1903-01-03) (umur 65)
Gasthaus Wiesinger, Leonding, Austria Atas, Austria-Hungary
DikebumikanTanah perkuburan pekan Leonding
PekerjaanPegawai kastam
Pasangan
  • Anna Glasl-Hörer
    (k. 1873; m. 1883)
  • Franziska Matzelsberger
    (k. 1883; m. 1884)
  • Klara Pölzl
    (k. 1885)
Anak-anak9, termasuk Alois Jr., Angela, Adolf dan Paula
Ibu bapa
SaudaraKeluarga Hitler

Alois Hitler (nama lahir Schicklgruber; 7 Jun 1837 – 3 Januari 1903) ialah seorang pegawai awam Austria dalam perkhidmatan kastam, dan bapa kepada diktator Jerman, Adolf Hitler.

Alois Schicklgruber adalah anak luar nikah. Ibunya ialah Maria Schicklgruber, tetapi bapa kandungnya tidak diketahui. Keturunan yang tidak pasti ini telah menimbulkan dakwaan bahawa isteri ketiga Alois, Klara (ibu kepada Adolf), mungkin juga merupakan anak saudara sepupu pertama Alois atau anak saudara tirinya.

Alois berkahwin dengan isteri pertamanya, Anna, pada tahun 1873. Pada tahun 1876, Alois meyakinkan pihak berkuasa tempatan Austria untuk mengiktiraf bapa tiri beliau yang telah meninggal dunia, Johann Georg Hiedler, sebagai bapa kandungnya. Ini bermakna Klara secara sah menjadi anak saudara sepupu pertama Alois. Alois kemudian menukar nama keluarganya secara sah kepada nama bapa tirinya yang telah meninggal dunia itu, Johann, tetapi pihak berkuasa tersalah eja nama keluarga tersebut sebagai "Hitler" atas sebab yang tidak diketahui.

Juga pada tahun 1876, ketika Alois masih berkahwin dengan isteri pertamanya, Anna, beliau mengambil Klara, yang juga saudaranya, sebagai pembantu rumah, dan memulakan hubungan sulit dengannya. Hubungan mereka diteruskan secara rahsia sehinggalah isteri kedua Alois, Franziska, meninggal dunia dan Klara mengandung, yang mendorong Alois untuk berkahwin dengannya pada tahun 1885. Menurut seorang rakan rapat, Alois "sangat kasar" terhadap isterinya Klara dan "hampir tidak pernah bercakap sepatah kata pun dengannya di rumah". Alois juga melayan anak-anaknya dengan penghinaan yang sama dan sering memukul mereka.