Almış
| Almış | |
|---|---|
| Amir Volga Bulgaria | |
| Pemerintahan | 895 – 925 |
| Kemangkatan | 925 |
| Ayahanda | Şilki |
| Agama | Sunni Islam |
Almış atau Almuš (Almysh Elteber, Almish Yiltawar, Arab: ألمش بن يلطوار), ialah iltäbär pertama dari Kerajaan Volga Bulgar. Dia menubuhkan pentadbiran Islam pertama di Sungai Volga (emir) Volga Bulgaria. Almış ialah anak kepada Şilki. Dia memerintah Volga Bulgars kemugkinan pada 895-925.
Menurut catatan Sejarah Jafar, Almış ialah anak terakhir Şilki. Dia menggantikan peran abangnya Bat Ugïr sebagai khan. Teks yang sama juga menyebut Almış dan Álmos, adalah tokoh yang sama. Hal ini mungkin sedikit kesilapan daripada penulis ketika itu. Álmos ialah ayahanda daripada Raja Hungary pertama Árpád. Penulis itu ingin menunjukan bahawa Almiş, Raja Bulgar dan Almos, Raja Hungary memiliki nasab yang dekat. Pada awal pentadbirannya, Almış dan Şilki sang ayahanda menjadi mualaf. Mereka berada di bawah kekuasaan Khazaria dan ingin menyatakan kesetiaan pada Khalifah Abassiyah.
Almiş mengirimkan utusannya untuk menemui khalifah Abbasiyah di Baghdad. Meminta kepada beliau untuk diajarkan agama Islam dan membina masjid untuk beribadah. Pada tahun 922, khalifah al-Muqtadir memberikan tugas kepada Aḥmad bin Faḍlān untuk mengislamkan Suku Bulgar, Suku-suku jiran seperti Permian dan mengajari Almış lebih dalam. Almış menggunakan nama Islam Jaʿfar ibn ʿAbdallāh (Latin Tatar: Cäğfär bine Ğabdulla, tulisan Arab: جعفر ابن عبدالله). Secara amnya dipercayai bahawa semasa pentadbiran Almış, Volga Bulgaria berkembang menjadi sebuah kerajaan yang bersatu, kuat dan merdeka.