All Hail King Julien
| All Hail King Julien | |
|---|---|
| Genre | Pengembaraan Animasi Komedi Slapstick |
Pelakon suara |
|
| Lagu pembukaan | "Who Da King" oleh Blaze N Vill |
| Penggubah | Frederik Wiedmann |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bilangan musim | 6 |
| Bilangan episod | 78 (88 segmen) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Mitch Watson Bret Haaland |
| Tempoh siaran | 22 minit |
Syarikat penerbitan | DreamWorks Animation Television |
Syarikat pengedaran | NBCUniversal Television Distribution |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Netflix |
| Format audio | Dolby Digital 5.1 |
| Siaran asal | 19 Disember 2014 – 1 Disember 2017 |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
All Hail King Julien (Melayu: Daulat Tuanku Raja Julien; Jawi: دولت توانکو راج جوليئن) merupakan sebuah siri animasi komputer berasal dari Amerika Syarikat. Ia dibintangi oleh King Julien, Maurice, Clover dan Mort dari francais filem animasi DreamWorks Animation Madagascar dan berlangsung di kepulauan Madagaskar. Ia adalah rancangan DreamWorks Animation kedua yang berdasarkan francais Madagascar.
Siri ini dilancarkan pada 19 Disember 2014, di Netflix ketika lima episod 22 minit pertamanya disiarkan. Pada 3 April 2015, 5 episod baharu dikeluarkan sebahagian daripada musim 1. Musim 2 dikeluarkan pada 16 Oktober 2015. Musim 3 dikeluarkan pada 17 Jun 2016. Musim 4 dilancarkan pada 11 November 2016, sementara satu musim khas di antara musim keempat dan kelima berjudul All Hail King Julien: Exiled, dilancarkan pada 12 Mei 2017. Musim kelima dan terakhir dilancarkan pada 1 Disember 2017. Siri ini sedang menunjukkan tayangan ulang pada Universal Kids dan ABC Me