Alibaba Group

30°11′31.12″N 120°11′9.79″E / 30.1919778°N 120.1860528°E / 30.1919778; 120.1860528

Alibaba Group Holding Limited
Dinamakan sempenaAli Baba 
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiNYSE: BABA
ISINKYG017191142
US01609W1027 
IndustriInternet, perdagangan elektronik, perisian komputer
DitubuhkanHangzhou, China (1999)
PengasasJoseph Tsai
Jack Ma 
Ibu pejabat6/F Chuangye Mansion, East Software Park, No.99 Huaxing Road, Hangzhou, 310099, China
Kawasan perkhidmatanWorldwide
Tokoh pentingMa Yun (Jack Ma)
Hasil USD 7.5 billion (2013)
Pendapatan kendalian89,678,000,000 Renminbi (2021) 
Pendapatan bersih143,284,000,000 Renminbi (2021) 
Modal657,500,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) 
Jumlah aset1,690,218,000,000 Renminbi (2021) 
Jumlah ekuiti937,470,000,000 Renminbi (2021) 
PemilikJack Ma, SoftBank Group, Altaba, Joseph Tsai 
Bilangan kakitangan22,000 (March 2014)
Anak syarikat
  • Alibaba Cloud Computing
  • Alibaba.com Ltd.
  • Alisoft Holding Limited
  • AutoNavi Holdings Ltd
  • China Yahoo!
  • ChinaVision Media Group Limited
  • cnzz.com, Inc.
  • eTao
  • Taobao.com
  • Tmall.com
Tapak webhttp://www.alibaba.com/
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_slogan"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "company_picture"

Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA) ialah sebuah syarikat e-dagang/e-lelong China yang mengkhususkan perniagaan sejagat. Syarikat ini yang berpusat di Hangzhou, memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, serta di Hong Kong, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2012, dua portal Alibaba mengendalikan 1.1 trilion yuan (AS $170 bilion) urus niaga. Sebahagian besar operasi syarikat ini ialah di Republik Rakyat China (RRC), dan pada tarikh penawaran awam permulaannya (IPO), 19 September 2014, nilai pasaran Alibaba ialah AS$231 bilion.

Pada September 2013, syarikat ini mencari IPO di Amerika Syarikat selepas satu urusan tidak dapat dipersetujui dengan pihak berkuasa Hong Kong. Perancangan berlaku selama 12 bulan sebelum kemunculan di Bursa Saham New York (NYSE) pada September 2014. Simbol Alibaba di papan tanda adalah "BABA.N", manakala harga IPO pada mulanya mengumpul AS$ 21.8 bilion, yang kemudiannya meningkat kepada AS$ 25 bilion, menjadikannya IPO terbesar dalam sejarah dunia pelaburan dunia, serta telah mengalahkan IPO Facebook (yang terbesar sebelum ini).

Portal pengguna-ke-pengguna Alibaba Taobao, serupa dengan eBay, memiliki hampir satu bilion barang dan menjadi antara 20 tapak web paling-dilawat di seluruh dunia. Tapak web kumpulan ini bertanggungjawab terhadap lebih 60% penghantaran bungkusan di China setakat Mac 2013, dan 80% jualan dalam talian negara itu setakat September 2014. Alipay, suatu perkhidmatan eskrow dalam talian, bertanggungjawab terhadap sekitar separuh urus niaga bayaran dalam talian di China.