Ali Bakar
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama lahir | Ali bin Abu Bakar | ||
| Tarikh lahir | 18 November 1947 | ||
| Tempat lahir | Pulau Pinang | ||
| Tarikh kematian | 16 Ogos 2003 (umur 55) | ||
| Tempat kematian | Singapura | ||
Ali Bakar (18 November 1947 – 16 Ogos 2003) ialah seorang pemain bola sepak yang mewakili Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada 1970-an. Beliau bermain untuk Pulau Pinang FA di persaingan domestik Malaysia.
Ali ialah seorang pemain tengah skuad pasukan Malaysia dalam pertandingan bola sepak di Sukan Olimpik Munich 1972. Beliau juga mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 1974 apabila Malaysia menduduki tempat ketiga di Iran. Selain itu, beliau merupakan sebahagian daripada pemain daripada pasukan Pulau Pinang FA yang telah memenangi Piala Malaysia pada tahun tersebut. Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.