Alhamdulillah

Alhamdulillah (Arab: ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ, al-Ḥamdu lillāh) merupakan frasa bahasa Arab yang bermaksud "segala puji bagi Allah", kadangkala diterjemah dengan "terima kasih Allah". Frasa ini digelar sebagai Tahmid (Arab: تَحْمِيد, lit.'Pujian') atau Hamdalah (Arab: حَمْدَلَة). Kepelbagaian frasa ini yang lebih panjang ialah al-ḥamdu l-illāhi rabbi l-ʿālamīn (ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ), yang bermaksud "segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam".

Ia kebiasaannya digunakan oleh umat Islam di setiap keadaan, disebabkan ia berpunca dari teks al-Quran dan Hadis—perkataan-perkataan daripada Nabi Muhammad SAW—dan maksudnya dan penerangannya yang lebih mendalam telah menjadi subjek banyak penafsiran. Ia juga kebiasaannya digunakan oleh penutur bahasa Arab yang bukan Islam.