Alfiyyah Ibn Malik

Alfiyyah Ibn Malik (ألفية ابن مالك) ialah kitab berima tatabahasa Arab yang ditulis oleh Ibn Malik pada kurun ke-13. Judul panjangnya adalah al-Khulāsah al-alfiyyah. Sekurang-kurangnya 43 ulasan ditulis terhadap karya ini, yang merupakan satu daripada dua asas utama bagi pendidikan permulaan dalam masyarakat Arab sehingga kurun ke-20.

Bersama-sama dengan Ajārūmīyah, karya ini merupakan salah satu kitab pertama yang dihafaz oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah agama selepas al-Quran.