Alexander Pope
Alexander Pope اليكسندر ڤوڤ | |
|---|---|
Alexander Pope (c. 1727), penyajak Inggeris yang dikenali melalui karya seperti Esei pada Kritikan, The Rape of the Lock dan The Dunciad | |
| Lahir | 21 Mei 1688 London, England |
| Meninggal dunia | 30 Mei 1744 (umur 56) Twickenham, Middlesex, Great Britain |
| Pekerjaan | Penyajak |
| Tandatangan | |
Alexander Pope (21 Mei 1688 – 30 Mei 1744) merupakan penyajak berbangsa Inggeris abad ke-18 dan beliau lebih dikenali kerana ayat sindirannya dan untuk hasil terjemahan Homer. Terkenal kerana beliau menggunakan rangkap dwilarik wiraan, Alexander Pope juga adalah penulis ketiga yang paling kerap disebut di dalam Kamus Petikan Oxford, selepas William Shakespeare dan Tennyson.