Alessandro Nesta

Alessandro Nesta
Nesta pada 2016
Maklumat peribadi
Nama penuh Alessandro Nesta
Tarikh lahir (1976-03-19) 19 Mac 1976
Tempat lahir Rom, Itali
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Reggiana (Pengurus)
Kerjaya remaja
1985–1993 Lazio
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–2002 Lazio 193 (1)
2002–2012 Milan 224 (7)
2012–2014 Montreal Impact 31 (0)
2014 Chennaiyin 3 (0)
Jumlah 451 (8)
Pasukan kebangsaan
1995–1996 Itali B21 9 (1)
1996–2006 Itali 78 (0)
Pasukan diurus
2015–2017 Miami FC
2018–2019 Perugia
2019–2021 Frosinone
2023– Reggiana
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Alessandro Nesta Ufficiale OMRI (sebutan bahasa Itali: [alesˈsandro ˈnɛsta]; lahir 19 Mac 1976) ialah seorang pengurus bola sepak Itali serta bekas pemain bola sepak yang kini mengendali kelab Serie B, Reggiana. Sepanjang kerjayanya, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman. Beliau terkenal dengan kepantasan, kemahiran merampas bola, elegan di atas padang serta bijak menjaga gerak-geri pemain lawan.

Beliau telah melakukan 400 buah kemunculan di Serie A sepanjang 20 tahun kerjaya di kelab Lazio dan AC Milan di samping meraih pencapaian tempatan dan kejuaraan Eropah bersama kedua-dua kelab. Lewat di hujung kerjaya, beliau memperlihatkan penampilannya di Liga Utama Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) bersama kelab Montreal Impact dan beraksi untuk Chennaiyin di Liga Super India. Nesta ialah pemain yang merangkul anugerah Pertahanan Terbaik Serie A sebanyak empat kali serta terpilih ke dalam Pasukan Terbaik UEFA sebanyak empat kali. Pada tahun 2004, beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat dalam sambutan ulang tahun FIFA ke-100. Pada tahun 2021, beliau telah terpilih ke dalam Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali.

Nesta merupakan anggota pasukan kebangsaan Itali sejak penampilan sulung beliau pada 1996 dan telah beraksi sebanyak 78 perlawanan. Di peringkat antarabangsa, beliau mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1996, tiga Kejohanan Eropah dan tiga penampilan di Piala Dunia. Nesta juga termasuk dalam skuad Itali yang menjulang trofi Piala Dunia 2006 serta mewakili Azzurri yang layak ke peringkat akhir Euro 2000.